Slugging merupakan salah satu teknik penjagaan kulit wajah yang viral daripada aplikasi TikTok, platform media sosial yang unik dalam berkongsi maklumat dan hiburan secara santai.
Tapi slugging tu sebenarnya apa? Sesuai atau tidak untuk rakyat Malaysia untuk ikut trend ni? Kalau nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca!
Apa Itu Slugging?
Slugging adalah skincare trend yang melibatkan penggunaan petroleum jelly atau Vaseline yang diratakan ke seluruh wajah anda. Trend ni sangat sesuai untuk orang yang mempunyai kulit yang kering kerana ia akan membuatkan kulit anda nampak lembap.
Ini kerana Vaseline adalah sejenis pelembap oklusif yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di atas permukaan kulit. Contohnya macam anda letak penutup di atas segelas air, penutup itu akan memerangkap lembapan daripada keluar. Kondisi ni juga dikenali sebagai transepidermal water loss (TEWL).
Selamat Tak Nak Letak Vaseline atas Muka ni?
Selamat! Ada satu research daripada American Society of Cosmetic Dermatology mengatakan bahan utama Vaseline adalah petroleum jelly (atau dikenali sebagai petrolatum) yang selamat digunakan atas kulit wajah.
Manakala, Academy of Dermatology juga mengesyorkan penggunaan Vaseline ni ke atas bayi yang mempunyai penyakit kulit, ekzema.
Selain petroleum jelly, avocado oil, silicone, lanolin dan beeswax juga berada dalam kategori oklusif juga.
@edwardzo TikTok made me try it: Slugging (w/ @cetaphilusa’s new healing ointment) ? #skincare101 #skintok #slugging #skinbarrier #cetaphil #cetaphilpartner ♬ original sound – EdwardZO
Sesuai Tak Orang Malaysia Nak Buat Teknik Slugging Ini?
Trend slugging ni berasal dari budaya barat yang keadaan cuacanya adalah kering. Jadi, mereka memerlukan seberapa banyak kelembapan untuk kulit kering mereka, lebih-lebih lagi bila musim sejuk tiba.
Tetapi di Malaysia, masalahnya tidak begitu serius, kerana kelembapan udara yang tinggi. Sebaliknya, cuaca kita secara amnya menjadikan kulit kita lebih berminyak berbanding dengan iklim yang lebih sejuk.
Jadi, meletakkan lapisan Vaseline di atas permukaan kulit berminyak boleh menyumbatkan liang-liang pori. Ia juga boleh menyukarkan kulit untuk bernafas dan menyejukkan kulit wajah.
Berbalik kepada soalan di atas, secara ringkasnya, tidak berapa sesuai terutama sekali bagi kulit acne-prone atau berminyak. Kalau anda mempunyai jenis kulit sebegitu, elakkan buat teknik slugging ni.
Walaupun di website Vaseline, mereka ada nyatakan yang produk mereka adalah “noncomedogenic’, yang bermaksud ia takkan menyebabkan pori tersumbat, tapi ia tetap berisiko untuk kulit wajah anda.
“Secara asasnya petrolatum memang noncomedogenic. Dia tak boleh masuk dalam pori dan buatkan pori tersumbat. Jadi dia akan duduk atas permukaan kulit sahaja,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alluskin, Dr Nurul A’in Sa’ari (lebih dikenali sebagai Dr Aen).
Ulas lagi Dr Aen: “Tapi ada sebab kenapa kita tak boleh pakai, Kita akan nampak sebab dia lepas kita apply dekat kulit wajah. Untuk kulit jenis oily dan acne-prone, petroleum jelly yang terletak atas permukaan kulit itu akan halang natural sebum untuk keluar dan akhirnya akan menyebabkan pori tersumbat.”
Cara-Cara Melakukan Teknik Slugging
Kalau anda nak cuba juga teknik slugging ni (degil ye korang), disarankan untuk buat patch test dahulu! Lepas dah buat dan tak ada sebarang iritasi berlaku, boleh cuba dengan langkah ini:
- Lakukan teknik slugging ini hanya pada waktu malam sahaja dan pakai untuk tidur semalaman.
- Basuh kulit wajah anda dengan pencuci muka.
- Apply toner dan serum jika ada. Kalau tidak ada, boleh terus skip ke pelembap muka.
- Untuk langkah yang terakhir, ratakan lapisan Vaseline atau produk petroleum jelly yang lain secara nipis.
- Bila dah bangun, basuhlah muka dengan pencuci muka kalau itu adalah rutin pagi anda.
@kaymanbeauty_hq ? Bangun pagi muka lembap and glow! #sluggingmethod #slugging #skincaretips #dryskin #skincareroutine ♬ It’s All Coming Back To Me Now – JEENIE
Alternatif Slugging Jika Kulit Tidak Sesuai
Dah cuba tapi masih breakout juga? Dah lah tu, berhenti buat teknik slugging ni sebab ada alternatif lain yang anda boleh cuba tanpa membahayakan keadaan kulit anda.
Dekat Twitter thread ini juga Dr Aen memberikan dua cadangan:
1. Pakai Sleeping Mask
Sleeping mask ini berfungsi sebagai penghalang dan sealer. Ia direka untuk membantu bahan untuk tembus kulit dengan lebih mendalam ketika anda sedang tidur. Sebab tu siapa yang guna sleeping mask ini akan dapat rasa kulit lebih lembut sahaja lepas cuci muka.
Kalau tengah mencari sleeping cream untuk bantu mencerahkan kulit wajah anda. Boleh cuba Holika Holika Gold Kiwi Vita C+ Sleeping Cream! Ia mengandungi ekstrak golden kiwi yang akan sekatakan tona kulit wajah anda sambil memberi hidrasi yang secukupnya.
2. Buat Sandwich Method
Apa pula sandwich method ni? Bukan letak roti dengan muka tau, tapi teknik layering. Kebiasaannya orang akan guna hydrating toner, tapi ada juga yang guna essence atau lotion. Caranya setiap langkah skincare tu, spray muka anda dengan toner. Untuk lebih lanjut, boleh rujuk Tweet di bawah:
Kesimpulannya,
Sebelum kita cuba sesuatu beauty trend yang baru, pastikan untuk buat research terlebih dahulu. Lepas tu, buat patch test untuk rasa lebih selamat dan akhir sekali tanya tuan punya badan, boleh atau tidak kulit kita ni handle? Sebab hanya kita sahaja yang tahu keadaan kulit kita dari semasa ke semasa.
Masih tak tahu jenis kulit anda apa? Jom ambil myeppo Skin Quiz ni! Lepas 5 minit dengan 13 soalan sahaja, macam-macam perkara anda boleh faham tentang kulit sendiri.
Daripada jenis kulit sehingga produk skincare, lepas ini boleh lah anda dapat kulit cerah berseri tanpa perlu menggunakan teknik slugging ini!