🚛 Free shipping over RM100 🙌 Use code TENONUS for RM10 off
🚛 Free shipping over RM100
🙌 Use code TENONUS for RM10 off

5 Cara Untuk Atasi Masalah Kulit Kusam

Kusam dan tak bermaya? Jom lakukan sesuatu!

Table of Contents

kulit kusam featured image myeppo

Siapa lah yang tak nak kulit berseri-seri dan sihat, kan? Tapi tu lah, kalau anda selalu tidur lambat ke atau kurang mengambil pemakanan yang sihat, macam mana atasi masalah kulit kusam ni.

Tak susah mana pun nak dapatkan kulit wajah yang sihat, yang paling penting kita sedar perkara tu berlaku dan berusaha untuk dapatkan kulit wajah yang sihat. 

Teruskan membaca artikel ni untuk tahu lebih lanjut tentang kulit kusam, faktor kita dapat kulit sebegitu dan cara untuk atasi masalah kulit kusam ini. 

Kulit Kusam Itu Apa?

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang cara penjagaan kulit kusam, adalah penting juga untuk mengkaji semula apa itu kulit kusam.

Dalam penjagaan kulit, kekusaman secara generalisasinya merujuk kepada kekurangan cahaya atau ketidakupayaan untuk memantulkan cahaya dengan baik. 

Kulit kusam akan kelihatan kering, bertompok-tompok atau pucat. Selain itu, kekusaman sering disertai dengan tekstur kulit yang tidak sekata kerana kurang mampu untuk memantulkan cahaya secara seragam. 
Teruskan membaca untuk mengetahui punca paling biasa kulit kusam dan produk daripada myeppo shop yang boleh membantu memulihkan penampilan kulit anda yang berseri dan glowing!

Apa Punca Kita Dapat Kulit Kusam?

Terdapat dua faktor kenapa kekusaman berlaku—dalaman (seperti gaya hidup anda) dan luaran (persekitaran). 

Tetapi secara general, terdapat lima punca kenapa kulit tidak berseri-seri seperti dahulu kala. 

  1. Penuaan
    Semasa anda muda, kulit anda kelihatan tegang, gebu dan sekata, disebabkan oleh bekalan kolagen dan elastin yang stabil—dua protein utama yang bertanggungjawab untuk mengekalkan struktur kulit. Walau bagaimanapun, apabila anda semakin tua, pengeluaran dua protein ini semakin perlahan.

    Selain itu, penuaan juga menjejaskan pengeluaran lipid yang membantu mengekalkan kulit anda kelihatan hidrasi dan lembut. Apabila faktor in digabungkan dengan pendedahan matahari kronik dan faktor persekitaran yang lain, ia boleh mengakibatkan kulit kusam dan tidak sekata.

    Related: When Should I Start Using Anti-Aging Skincare Products?
  1. Kulit Kering dan Dehidrasi
    Walaupun perkataan “kering” dan “dehidrasi” kelihatan serupa tapi ia sebenarnya dua perkara yang berbeza. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan klik  Dry Vs Dehydrated Skin…What Are The Differences?.

    Secara asasnya, kedua-dua perkara ni boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Apabila anda mempunyai kulit dehidrasi, ia juga akan buat kulit anda kelihatan kendur, kedut dan rasa kulit kasar. Kiranya, akan memburukkan lagi penampilan yang kulit kusam. 
  1. Tekstur Kulit Tidak Sekata
    Dah banyak kali pakai pelembap muka tapi kulit masih lagi kelihatan kusam? Tekstur kulit yang tidak sekata mungkin adalah penyebabnya. Seperti yang kita tahu, kulit yang teksturnya tidak sekata, susah untuk memantulkan cahaya dengan baik. 

    Antara sebab kita mempunyai tekstur kulit tidak sekata adalah daripada pembentukan sel kulit mati daripada bekas jerawat dan juga kulit kering. Jadi pentingnya untuk selesaikan masalah ini untuk membenarkan kulit kita menyerap zat daripada pelembap muka.
  1. Pencemaran dan Pendedahan Matahari
    Apabila kulit kita terdedah kepada sinaran UV ditambah dengan pencemaran, ia akan membentuk radikal bebas (atau dikenali sebagai spesies oksigen reaktif aka ROS). Jika tahap ROS meningkat secara dramatik ia akan merosakkan struktur sel, menjadi pigmen dan penegeluaran kolagen dan elastin akan terganggu. 

    Dalam erti kata lain, ia mempercepatkan kulit anda menunjukkan tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat, termasuk kusam.
  1. Kurang Tidur
    Kalau anda jenis stay up untuk belajar atau buat kerja sepanjang malam, perasan tak bila tengok cermin keesokan harinya, kulit kita kelihatan kelabu dan kusam. Cepat kan kita nampak kesan bila kita kurang tidur?

    Ada kajian menyatakan walaupun hanya satu malam kita kurang tidur, kulit kita akan kehilangan keanjalan dan kedutan di wajah. Manakala, kecerahan dan tekstur kulit didapati berkurangan dengan lebih ketara selepas hanya empat malam kurang tidur! 

    Secara konklusinya, tidur yang cukup adalah sangat penting! Bukan sahaja untuk kulit tapi untuk kesihatan secara kesuluruhan.

5 Cara Untuk Atasi Masalah Kulit Kusam

  • Gunakan Produk yang Mengandungi Lidah Buaya
    Lidah buaya mempunyai sifat penyembuhan dan boleh merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ia juga melegakan dan melembapkan kulit tanpa menyumbat pori-pori. Menggunakan lidah buaya selepas anda mencuci muka setiap hari boleh memberikan kulit yang sihat.

    Banyak produk perubatan dan penjagaan kulit yang memberi tumpuan kepada membantu menyembuhkan dan menenangkan kulit biasanya mempunyai aloe vera sebagai salah satu ramuannya.

    Lidah buaya juga sangat popular kerana ia mempunyai risiko rendah menyebabkan alahan. Oleh itu, ramai pengguna boleh menggunakan aloe vera tanpa bimbang. 

    Walau bagaimanapun, seperti biasa, sebelum melakukan apa-apa produk penjagaan kulit, sapukan sedikit produk aloe vera pada kulit anda dan perhatikan tindak balas terlebih dahulu!

    Related: Can Aloe Vera Get Rid Of Acne Scars?
  • Minum Banyak Air
    Selain untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan baik, pengambilan air yang secukupnya juga dapat membantu tubuh anda berfungsi pada tahap yang optimum.

    Cecair ini mengandungi nutrien yang boleh singkirkan toksin dalam badan, justeru menjadikan kulit lebih sihat. Peningkatan kuantiti air dalam badan mampu membantu melebabkan kulit dan mengurangkan masalah jerawat. 

    Jadi minumlah air secukupnya untuk mengekalkan kelembapan kulit! Disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari.  
  • Pakai Pelindung Matahari Setiap Hari!
    Ada pepatah mengatakan mencegah lebih baik daripada mengubati. Iya, mustahil untuk mengelak daripada semua pendedahan matahari, tapi kita boleh cuba untuk melindungi kulit kita daripada terkena sinaran UV dengan lebih buruk. 

    Untuk pelindung matahari, faktor perlindungan asas hendaklah mempunyai sekurang-kurangya SPF 30. Tetapi SPF 50 lebih sesuai untuk rakyat Malaysia kerana kita mempunyai iklim sinaran UV tinggi. Sentiasa pilih produk yang mempunyai spektrum luas, bermaksud ia melindungi kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB.

    Related: Skincare School: How to Apply Face Sunscreen
  • Dapatkan Tidur Yang Secukupnya 
    Pakar mengesyorkan antara tujuh dan sembilan jam setiap malam untuk orang dewasa mendapatkan tidur yang secukupnya. Tips ni sangat membantu kerana kulit akan menghasilkan kolagen baru semasa anda tidur, mengelakkan kulit kendur. Proses ini dikenali sebagai pembaik pulih kulit.

    Dalam pada masa yang sama, gunakan penjagaan kulit yang direka untuk bantu memulikan kulit anda semalaman seperti Holika Holika Gold Kiwi Vita C+ Sleeping Cream. Hanya dalam satu malam, sleeping cream ini dapat memperbetulkan kulit yang rosak dan mencerahkan kulit anda ketika sedang nyenyak tidur.
  • Pakai Pelembap Muka 
    Untuk mengekalkan kelembapan kulit dengan baik, kita memerlukan penjagaan kulit yang betul dan konsisten menggunakannya. Selepas cuci muka anda, pastikan untuk mengunakan pelembap muka yang sesuai dengan kulit anda atau dapatkan pelembap harian yang ringan. 

    Kalau nak lagi best, cari pelembap muka yang mengandungi Hyaluronic Acid yang mampu melembapkan lapisan luar kulit, justeru meningkatkan penampilan kulit. Atau Centella Asiatica yang boleh memulihkan kelembapan kulit dan mengelakkan kulit daripada rosak lebih lagi.

    Related: Skincare School: How to Apply Facial Moisturiser

Konklusinya…

Lepas ni tak perlu risau dah fasal kulit kusam ni! Cuma lepas dah baca artikel ni, jangan lah tidur lambat dan kurang minum air lagi. Langkah demi langkah kita cuba untuk lakukan tabiat yang postif dan mampu membantu kulit kita sentiasa kelihatan sihat dan glowy. 

Masih tak tahu jenis kulit anda apa? Jom ambil myeppo Skin Quiz ni! Lepas 5 minit dengan 13 soalan sahaja, macam-macam perkara anda boleh faham tentang kulit sendiri. 

Daripada jenis kulit sehingga produk skincare, lepas ini tiada lagi masalah kulit kusam!

Aqalili Azizan

Aqalili Azizan

Writer in the morning, content creator at night!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *